Dec 3, 2011

jika tidak melakukan 3 perkara ini, anda jangan cuba cinta jarak jauh

assalamualaikum :)
heyhey. cek aien nak nak share-share pasal cinta jarak jauh. tapi kena ada 3 perkara neh.
sebabnya kena ada jugak ! kalau tak tapayah nak becinta jarak jauh ye.
1. Pemikiran Positif
Well, bunyinya cliche dan biasa-biasa sahaja. Tapi impaknya besar jika korang dengan ‘selamba’ memulakan hubungan jarak jauh tampa persediaan secukupnya dari segi mental.  Hubungan jarak jauh mempunyai RISIKO, iaitu pasangan korang mungkin berubah angin. Maka persoalannya, adakah korang bersedia untuk berfikir secara POSITIF di dalam hubungan jarak jauh korang? Think about it. macam cek aien neh. tapi cek aien taktaw la encik ahmadshahir tuh ubah angin ke tak .
2. Pemikiran Kehadapan
Selain pemikiran positif, satu lagi pemikiran yang penting adalah untuk melihat kejayaan hubungan jarak jauh korang. Maknanya,korang boleh melihat di mana korang dan pasangan korang dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaanya, kejayaan hubungan jarak jauh diukur melalui ikatan perkahwinan (bersatu).
Dengan pemikiran ini, korang akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh korang bercinta jarak jauh, terdapat dugaan-dugaan. korang tahu apa yang korang mahukan.Go for it.
3. Pemikiran Kreatif
Apa yang korang dapat pada hubungan jarak jauh? NOTHING! Ya, tiada apa-apa. korang yang syok sendiri dengan hubungan jarak jauh korang. Tetapi, siapa kata hubungan jarak jauh tidak gembira. Siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra dan romantik?
Di sinilah pemikiran kreatif korang memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi semunya di hujung jari korang, jika kena caranya, hubungan korang akan menjadi romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan. Fikir-fikirkan.
OK, itulah 3 cara berfikir yang perlu anda sematkan di dalam diri korang, yang perlu korang komitkan sebelum korang membuat keputusan samada hubungan jarak jauh adalah untuk korang atau tidak. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan menyesal di kemudian hari.
cek aien copy dari orang. tapi tambah-tambah sikit . tapi cek aien dah setahun dah kiteowang lalui... tapi tak tahu la berkesan ke tak. tapi banyak dugaan.
thanks reader :) !

No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com