Sep 30, 2011

3bulan lagi.

salam , hey kawan semua. 
okey. hari neh dah 30/9 . dah tamat dah hari raya aidilfitri untuk kaum islam semua. kan ?
okey la. hari neh taktaw nak tulih pa .
cuz pening ng asignment lah weh. banyak laaaah.
bukan asignment ja. neh nak wat pesediaan untuk KUIZ then FINAL exam.
hrmm. buntu.
doakan saya ye :)
saya takud final exam.
then nak mintak cadangan darik hampa semua boleh ?
cek kena wat asignment movie maker lah. taktaw nak wat tajuk pe dah,
umph
tolong saya plis :(

Sep 26, 2011

thanks mama

salam,
hey , maaf cuz lama tak updated.
taktaw nk tulih apa. busy dengan study sikit.
minggu yang banyak asignment la
sebenarnya citer neh sepatutnya updated 24/9/11 tapi tak sempat. cuz ada kenduri arwah kat umah jiran
sedeh gile. rtuh balek tade tiket hari khamis. pastu balek pagi jumaat.
balek neh pun sesaja. mama ckp buad makan2 ng jiran2.
tgok2 pagi jumaat tuh. adek tepun ckp pakcek sebelah umah meninggal kul5.30a.m
sedeh sgt, dahla pakcek tuh baek giler. hm , kwan2...
sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah jiran aien ye :)
AMIN.
so , jumaat tuh betolak kul9 smpai kul4ptg kat kedah.
then balek tuh suma busy. aq pe gy. online laaa. haha. bosan kot tak leh kuar.
pastuh tido je.
then hari sabtu 24SEPTEMBER2011. pegi keluar tesco dengan giant.
hee, pi window shopping jek.
hm , best lah dapat jugak makan koeyteow masakan mamak ng pasembor.




emmmmmph! best sgt.
cek pi ng mama ng nenek n adek.
pi jalan2.. belikan shawl kelabu kat ng baju utk adek num dua. then beli kotak pensel kat adek num 3.
pastu jejalan pi beli sayuq. then tgok nfon.. tapi mahai la kat tesco. then mama ajak pi giant.
pi giant pi tgok nfon , gpon nfon rosak gila. darik praktikal rtuh lagi.
sedeh sgt. then dapat menda neh
hee, thanks mama ! <3
pastuh teruih peluk mama. hee. makaseh bebanyak taw mama!
then pas dgar2 dia cter pasal nfon suma, cara nak guna. hm , pastuh teruih balek. hee
bangga sgt first time guna touchskrin. tapi dulu biasa gak. tapi nfon cina. haha.
saya bukan nk bangga. saya nk cter je.
thanks reader! <3

Sep 19, 2011

raya oh raya

hey, assalamualaikum ..
raya lagi ? korang raya lagi ke tak sekarang neh ?
mesti ada yang tengah raya lagi kan ?
alahai, bestnya!
hm , cek raya kat kolej jek.
dpt makan free!
hee. seronok ? hm , bole tahan la.
sonok ah gak. dapat makan
*sate
*soto
*char koey teow
*puding
*tapai
*ice cream
*air ABC
sedap tawww! haaha
rugi sapa yg balek! kalau tak cek pun nk balek gak. tapi nk wat cmna kan.
mama tak kasi balek lah . sedeh -.- umph
kalau tak leh raya kat rumah kan
sebelum raya tuh. semalam kiteowang wat persiapan utk raya hari neh kat kolej kiteowang.
jum tengok. tapi amek sikit je lah
so yg atas neh yg semalam.
so yang hari neh punya nk tgok dak ? haha
 yang atas neh membe ye. dia CEO cek dalam mento menti.so no scandal okeng ? 
just ahmadshahir <3
okey. yg neh. ayahanda cek taw. kacak ? well like daughter. :D ,*perasan lah haih. haha.
dia lah yg mengajar misi2 kat KPTM neh cara nak komunikasi. :D hee
neh mama kesyangan <3 heee

pastuh ada tarian taw. yang kelantan punya lah. macam2 haih
yg neh membe lama. masa sekolah rendah lagi. hee. :) esah.
so , masa tuh dah kul 1 lebey. then rasa bosan gile lah tunggu kat situ.
haha. taktaw nk wat pe dah haih.
pastuh depa ajak pi pantai irama ng tok bali. best kot.
cantek pemandangan dia taw.
alang2 pakai baju kurung tuh. teruih amek gamba ah kan.kekekeke
lepas2 habes amek gamba kat pantai neh kiteowang pi airport. tengok flight mendarat.
so , dalam kul 6 petang sampai lah rumah kampus kiteowang tuh.
so, thats all. thanks readers!
selamat hari raya ye. :)

Sep 16, 2011

jumpa kawan

hey , assalamualaikum
hari neh cek keluar dengan budak hostel .
kuar jejalan then jumpa kawan lama.
best lah jugak.
jejalan darik duk terperap kat rumah jek kan.
keluar pi kb mall jek. tade tempat laen dah.
engat nak balek kedah. tapi mama tak kasi pulak. sedey lah.
dh la dpt cuti 3 hari. hm , tpi nk wat cmne kan. so , takpe lah. ekot je cakap mama.
umph , k lah. kita sambung eh citer kite neh.
pastuh pagi tadi cek mangun kul 11.
awainya! haha. anak sapa neh haih.
pastuh tepun keta yang nak sewa semua FULL weh. adoy!
pastuh. teruih tepun prebet. tepun abg hafiz. naseb bek lah ade.
then kul 2.30p.m seap2 dah.
TADAAAA!
hehe
then naek prebet teruih.
dalam prebet tuh soqang tak cakp. semua penat siap.
haha. tak amek gamba pulak.
haha
then , smpai je sana jumpa ng sya je teruih amek gmba ramai2. hee.
lepas jumpa tuh terus salam2, hee. maklumla lama tak jumpa ng cik sya neh haih.
haha. semua rindukan sya taw.
okey lah. lepas tuh ada sorang budak neh cakap lapar sgt,
haha, pa lagi depa ajak makan KFC pulak dah.
tuudia. lapaq.
semua pakat makan share2. cuz pagi tadi dah sarapan.
cik wan adzlin neh masak. sedap lah.
kenyang sesangat.
lepas makan je. begamba pulak kat depan kfc neh ha,
ade lah sorang mamat neh nk jadek jurukamera koteowang,
haha
lepas tuh cik sya nak balek dah. sedeh nyaa. dia kena balek awai.
haha. okey lah kan. janji jumpa jugak. kan ?
so , salam2 lah kan.
hm , lepas tuh pi jalan darik atas kbmall smpai bawah.
haha. penat kaki cek haih.
depa pi beli baju. cek tengok ja. pi pilih2 kat depa kat PDI.
then beli jamtangan.
pastuh tengok barang2 laptop, cd, teddy bear.
haha. macam2.
tengok tuh. haish.
penin penin.
tapi time sekarang neh duet pun tak bape banyak sangat lah.
tak bape seronok sangat nak shopping.
haha. pape pun enjoy kan.
i tolong jadek pendapat kengkawan. suruh carik baju yang sesuai.
so , dalam fitting room. heee
so , sampai lah kul 7.30 malam .
then balek hostel.
smpai pun dlam 8 lebih la jugek. haha.
walaupun penat. tapi enjoy :)
thanks readers! 

Sep 14, 2011

bahaya merokok

ok apakah ini ?
nmpak mcm oreng kan habuk tuh. mcm pantai pun ada jugak.
haha, ok la. neh rokok.
tajuk belog hari neh bahaya merokok.
tahla paseipa cek nak amek tajuk neh .
tah macam minat jek.
cuz saya benci dengan rokok.
then saya nak citer pasal rokok.
nak menentang habes2 pasal rokok. haha
so , sapa yang suka sangat merokok tuh. baca dan rasa.
neh untuk kebaikan korang gak taw.
first
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
 
Berikan Anak-Anak Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok

  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
 
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok. 
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
 
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
 
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa
so, thanks reader! :) . sorry lah tajuk yang agak bosan kali neh . 
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com