Dec 25, 2011

pantai merdeka with famili

assalamualaikum semua!
hey silent readers.
jam 8.30pagi buta. mama gerak, *kaklong bangun , jum kita pi makan ikan bakar kat pantai merdeka tu
cek aien apa lagi. teruih bangun la. pi mandi teruih.
yg adek amiela tu. duk mamai lagi. hadoihh.
siap-siap dah dekat setengah jam dah. biasa lah anak perempuan kan :)
pagi-pagi dah sarapan kuah durian cicah roti/pulut.
whoaaa! mengantuk lagi la. terkelip-kelip mata cek aien taw. kenyang lah pulak
betolak kul 10.30 pagi. sampai kat sana kul 11.15 kot.
di situ cek lupa nak amek gambar lah. sebab semua pakat ingat makan makan n makan .
kalau tak bole bagi jeles kat AHMADSHAHIR :D
okey. lepaih makan baru pi pantai merdeka. jauh sikit la. sampai sana kul 12 tgah hari. 
kepanasan habes lah.kecairan make-up - make-up cek :D
pi sana ada expo taw! pastu hari keluarga kot.
ramai giloo, pastu banyak sangat kereta lama-lama. xtaw depa nak wat pertandingan hape .
sana banyak sangat baju kurung polka dot dot. cantek sangat. nampak dak ada OFFER lagik taw.
tapi suar pendek je la. heh heh.
cek aien pi dengan famili je la. seronok sangat ! thanks mama.
panjang kot expo kat sini. dah macam rantau panjang! tapi x sangat.
pastu mama nampak kedai tudung pulak. hape lagi mama.
 tengah duk mencari-cari tudung dari pi kelantan haritu lagi tak jumpa-jumpa taw.
tang sini mama bekenan lah satu. suka mama !
tapi bukan kaler purple. mama amek kaler merah. baru comey ! hee
tejumpa speck pulak !
si supergirl MALAYSIA :)
 family days kot.
my grandmother. 
yang neh lah satu-satunya nenek cek aien.
cek sayang depa !!
bila bersama. rasa bahagia sangat-sangat !
kadang-kadang tuh gaduh pun ada. betoi dak mama ? kalau mama tengok gamba neh mesti mama komen. 
biasa lah. tak matang lagi. hewhewhew.
masih perasan muda neh. walaupun nak masuk 20tahun.
sampai sini je. pastu nenek nampak kedai rojak pulak.
(mama, tok... jum lah balek)
muka cek dah mengantuk neh. penat pun ada. macam-macam lah ada.
makan rojak ng minum je .
pastuh teruih balek taw. yeaayy!
so, sekarang tunggu skype dari AHMADSHAHIR.
thanks reader. :)


Dec 24, 2011

PMR (Penilaian Menengah Rendah)

hey , assalamualaikum semua!
hari neh tajuk PMR ? sebabnya nk ucapkan tahniah kepada adek-adek yang dapat A dalam PMR.
walaupun 1A. kan :) , bersyukur lah ye.
mesti seronok kan adek-adek yang dapat A banyak . mesti ramai adek-beradek yang bagi duit.
yelah kan. mestilah semua rasa gembiranya anak buah dapat 8A,7A,6A,5A,4A,3A,2A,1A.
masa cek aien muda-muda dulu pun sonok ah. kira A tu ada lah jugak.hee walaupun tak semua.
then yg paling seronok tu dapat det. kekekee
sebenarnya adek cek aien pun adek-adek PMR jugek. cek aien gumbira sangat sebabnya adek cek aien dah dapat kalahkan keputusan PMR dia ng cek aien. HAHA. malu nyee. hewhewhew.
adek cek aien nama NUR AMILAH FADHLIN.
keputusan dia memang sangat puas hati dengan harapan mama ng abah aien
walaupun tak cukup 8A.
nak tahu adek cek aien dapat bapa ? 
7A1B
TAHNIAH ADEK!
kaklong gembira sangat :)
ADOI,nak beli hape la kan kat si budak neh. kekee.
cek aien balek kedah semalam, sampai dalam pukul 4.30 petang.
balek-balek mama buad kenduri pulut kuning. terkejut cek. engatkan kenduri apa lah kan.
sebelum orang datang. amek gamba si adek neh.
gembira dia ng result dia.
hewhewhew
dalam kul 5 lebeh camtu, jiran-jiran datang.
mama buad kenduri kecil-kecil je. maaf tak panggei kawan-kawan. sebabnya cek aien balek pastu cakap ada kenduri.
masa macek-macek datang rumah , macek ng pacek cakap. 
TAHNIAH!
cek aien cakap: eh, bukan saya lah. neh adek neh, 
HAHA, tekejut cek!
 yang tengah cek aien cakap neh jiran sebelah rumah
7A'S
sampai kul 7 petang je kenduri .
pastu pi pasar malam. best sangat kot. pi shopping kat pasar malam la.
cek aien shopping makanan lah . nak taw apa ?
durian 4biji + 1 free makan dengan pulut , sate 10 batang, nasi kerabu (ikan+daging+telur masin) .
haha, GILA ? memang ah.
cek aien ada anak. nak tengok ?
comei kan ? hewhewhew.
anak jiran je.
thanks reader! :)




Dec 23, 2011

babai PRAKTIKAL hosp Tumpat

hey, salam.
rasa macam bebas dah. ceh. baru sem 3 nak masuk sem 4 dah bebas.
tolongla aiennadea. haishh.
ok, sebenarnya cek aien nak cerita pasai praktikal cek aien yang dah dua minggu berlansung kat
 Hospital Tumpat. walaupun sekejap. tapi still enjoy with my clinical instructure PUAN SITI HAJAR.
cek aien dapat wad lelaki taw. hewhewhew. boleh ngorat. kekekee.
mana de la. menda dapat wad lelaki. nak wat cmna kan. sila jeles ye AHMADSHAHIR. heee
so, yang bersama wad dengan cek aien mestilah
-nur hidayah omar
-nadia huahuahua
-nur amalina
-shafini chimot
-shazira chimot
-raja elina
yeahhh, semua rockers. cehh. setakat neh staff nurse semua okey la. tade la gaduh2 ke.
minggu first wad cek aien pagi, minggu second dapat petang.
neh hospital cek aien posting. hanya hospital daerah. tak ramai sangat pesakit. tapi bole tahan la...
tudiaaa. nampak dak ? neh la hospital tumpat ye. di Kelantan.
22/11 hari last di hospital neh la. sedeh tinggai pesakit.
pakcek-pakcek sana semua sporting.
hari last neh lah pi makan ramai-ramai dengan PN SITI HAJAR.
yang best lagi. ada lah macek neh jual kek moist coklat. then sister bagi FREE kek utk kiteorang.
haha, kau ada ? hewhewhew
then beli lagi satu kek moist coklat kat PN SITI HAJAR. tapi yg neh suprise lah. haha
makan ramai-ramai. macam bufday puan lah pulak. 
maaf puan tak dapat nak belikan ape-ape. naseb baek la ada makcek neh juai.
neh kek moist tuuu
hah, neh la satu wad dengan cek aien :)
masa hari last neh la nak buad kepala. gangstar katakan. jum tengok
 neh kat depan wad
tudiaa. budak pinks ! 
memori yang terindah di sini. thanks puan siti hajar <3
thanks reader!


Dec 17, 2011

3 peringkat percintaan dalam islam

ASSALAMUALAIKUM :)
saja cek letak gambaq atas neh (neh pasangan xtawla peringkat yang mana) HAHA :D
jum kita share cerita nak. cek aien rasa suka pulak citer neh.
kalau anda baca mesti anda suka.

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang
comel kan :) maria elena dah betunang dah. pakai baju tunang mak dia taw. pink :)

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

SEKIAN . kalau anda suka LIKE la :)

Dec 10, 2011

seharian bejalan

hey, assalamualaikum..
cek aien keluar seharian dengan budak-budak rumah cek aien.
best giloo. kul 3 petang dah kuar.
tapi macam lewat kan ? sebabnya solat jumaat. lepas habes tuh baru kiteowang keluar.
first, kiteowang pi rantau panjang. sana kawasan bebas cukai. masyuk kot pi sana.
barang-barang sana seriusly murah, tapi ada yang mahai gak.
ada yang mahai. kat sana yang paling banyak juai baju-baju jersi, then baju wanita lah paling banyak then lawa.
lelaki pun ada jugak. pi sana pening pale kot. haha
yang bawah neh gamba yang kiteowang kuar :)
neh cek aien :) kenai dak ? :D
 pegi shoping sampai tak engat dunia lah kan :D
pastu dah penat dah neh. lagipun tengah kelaparan sama. tengok muka-muka kelaparan neh. nampak ?
heee. so, ape lagi kiteowang balek kota bharu nak pi mydin kubang kerian. lepak dekat kedai hari-hari.
rantau panjang pun dah banyak dah shoping sampai la pukul 6.30 petang.
ada yang beli teddy bear, tudung,jersi
macam-macam la.
so, kul 9 gerak pergi makan di tesco. thanks ye kawan kak dayah :)
dalam kul10.30 lebeh gerak pegi wakaf che yeh. time tuh hujan lebat sangat-sangat.
haha, tunggu dalam kereta sampai kul11 malam. then macam okey sikit baru pegi masuk wakaf che yeh.
beli la jugak sikit-sikit. tapi hujan ada yang tutup kedai. sedehnyaa :(
tapi memang best la enjoy seharian.
sampai kolej dalam kul 1 pagi.
sori, time neh tak berkesempatan nak amek gamba ye.
thanks reader! :)


Dec 5, 2011

suasana praktikal di kolej KPTM

assalamualaikum semua!
hey, cek aien bosan la. neh pun sesaja ja neh nak buad entry pasal cek aien punya praktikal la.
sebab hapening gila. tapi ade stress lah jugak. at least dapat jugak ilmu lebeh dari kolej sementara tunggu minggu depan kan. dapat Tumpat la pulak.
taw dak. posting di kolej neh kan... kami buad macam senario la jugak. buad-buad lakonan.
sorang jadek pesakit then present.
kumpulan kiteowang kumpulan 4, dalam kumpulan kami neh ada dalam 6 orang:-
-dayah
-nadia huahua
-amira kamaruddin
-wan nor fatin
cek aiennadea
-zaki
zaki neh pesakit kiteowang. jadek model. tapi kami lak yang kene presentation.
best gila. zaki di make-up oleh bidadari pink.
tapi pesakit kami neh pemalu orangnya. so,sebab tuh dia tutup muka. maklum la kan imam :D
TADAAA! pesakit yang buad-buad saket.
tengok ape yang kiteowang make-up, siap ada BANDAGE (buad macam fraktur lah kan, sedangkan nak letak P.O.P , tapi anggap macam P.O.P la ye)P.O.P tuh yang simen tuh. tahu ?
 then nampak dak di tangan dia tuh. taw tak ape? tuh la BRANULA(masukkan air dalam badan sebab pesakit neh kurang cecair dalam badan) then nampak dak ad apa kat hidung dia tuh ? tu NASOGASTRIK(untuk senangkan pesakit tapayah nak menguyah or menelan, maybe pesakit neh susah nak menelan ke,so letak je nasogastrik)
tajuk kumpulan kiteowang ialah pengurusan i/o chart.
maksud I/O CHART :-
I-intake ( apa yang pesakit ambil/masukkan ke dalam oral/iv/restube. sebarang yang dimasukkan lah)
O-output ( apa yang keluar dari tubuh badan.contohnya:- B.O-bowel open , P.U-pass urine then vomitting)
okey, FAHAM ? so, kena catatkan ape yang pesakit ambil dan keluarkan dalam satu CHART.
setiap yang pesakit minum misi-misi kena tahu bape yang pesakit minum. so kena ukur.
tujuan dia, nak mengetahui keseimbangan cecair badan pesakit samaada normal/abnormal.
so, indikasi neh kepada pesakit yang macam mana kan? contohnya pesakit yang fraktur,vomit then diarrhea & lain-lain :)
so, kena presentation sampai la pukul 5.15 petang baru la balek ! yeayyy.
muka seronok bila dapat balik ! :D
cek aien hanya nak share je apa yang cek aien belajar.
bab kata AHMADSHAHIR (sharing is caring)
THANKS READER!

Dec 4, 2011

jalan-jalan

assalamualaikum... hey :)
cek aien nak citer yang cek aien pegi jejalan dekat pantai seri tujuh !
heee. bosan kot duduk terperap je kan. dahla stress praktikal di kolej. bosan kot. sedeh sangat. 
tapi tak ape lah.
minggu neh last di kolej. nanti 2minggu di Tumpat pulak.
pape pun semua dalam Kelantan. ARGHHH!
hanya cek aien dengan kak dayah then kawan akak dayah. yang lain ad problem sikit. tapi depa ekotla jugak.
sebelum pegi pantai seri tujuh, kiteowang pi makan dulu. satu tempat neh.. lebey kurang macam KFC.
tapi tempat tuh nama ADELEE. macam yang penyanyi owg putih tuh ha. HAHA.
tapi, sedap lah jugak makan kat sana :)
yeayy! dah siap dahhh :)
pi makan makan duloo. kawan kak dayah kelaparan!
 cek aien kekenyangan giloo. nampak tuh! habes suda :)
cek aien with kak dayah :)
so, lepas makan kawan akak dayah nak gy jejalan kat tempat neh. rupa-rupanya pantai seri tujuh .
cantek giloo pemandangan dia. hilangkan stress bersama ye.
jum tengok !
neh cek dayah amek gambaq cek aien darik belakang. alahai. malu lol. nampak tembam ! GHAGHAAHA!
neh darik belakang. kita amek yang depan plak ye .
meowmeow! 
meow neh mai nyondol-nyondol. pastuh amek gambaq ng kak dayah pulak :)
HAHA, sama dak ! kami taktaw nak wat ape dah time neh ha. duduk tengok pemandangan je.
then ade la anak sape la comel neh. nak pulak cek aien dukung dia.
pastuh si budak kecil tuh balek. dapat dukung kejap je lah. comelcomel!
datangla pantai seri tujuh neh. di Tumpat. cantik sangat pemandangan di sana. lepas tu boleh naik boat then kayak la. seronok sangat. lepak sampai pukul 7 petang jugak la.
then balek! sebab urgent. ada dua orang mamat neh kena hantar dorang di tanah merah.
balek kolej pun dekat pukul 12tgah malam lah jugak. dalam kereta yang ekot tuh cek nadea huahua,kak dayah,nfatina then cek aiennadea. yang dua orang mamat tuh ell arep dengan pijan.
so, yang tuh tapayah la nak cerita. sebabnya time tuh cek aien mengantuk. so tak dapat amek gamba :)
then panjang sangat ceritanya.
k thanks reader!

Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com