Jan 24, 2012

tuesday out

hey, assalamualaikum :)
hari neh ada dating di peneng ! 
firstly, tanak pegi luar dari sungai petani. sebab takut balik lambat je.
tapi, cousin dia ada nak jumpa dengan girlfriend dia. so, kiteowang kena jugak pegi peneng.
bersama kawan cek sorang neh. TASHA. maaf tasha, tak sempat nak bergamba kan.
tapi takpe. Tasha keluar dengan boyfriend dia. walaupun teman sekejap :)
okey, suruh datang pukul 11.30 sampai dalam 12.15. ARGHH! lambat dah.
sampai peneng pukul 1.30tengahari. dah la Bukit Mertajam,Perda weh. adoi.
tapi serius merajuk gila dengan dia. muka masam yang terpaksa buat-buat senyum
PACIFIC PENENG :)
see! senyum kan. tapi ... umm , tuhan je taw. untuk jaga hati cek. si ahmadshahir belanja coolblog.
HAHA. selalu macam tu kan :)
yeayy ! sorang satu. thankyou ahmadshahir :)
pastu jalan-jalan dalam Pacific Peneng :)
hewhew :) GONG XI FA CAI !
masa tu sebenarnya nak masuk kedai buku. ahmadshahir nak beli buku ape taktaw.
then cek aien beli buku memasak ! yeah :D naty leh memasak kan kan :)
kalau nak masuk kedai buku takleh bawak masuk makanan/minuman. so, kena habeskan coolblog ye.
dalam kedai buku Popular tuu takleh amek gamba lah awak. HAHA
then lepas habes beli buku. pi cari pendrive cek aien yang dah lama hilang.
akhirnya dapat jugak pendrive baru. yeah !
pastu jalan-jalan nampak baju kemeja lelaki. hah, hape lagi. benti sekejap lah.
beli sepasang untuk dea. sebab bufday dea :)
sebenarnya cek aien ada rancangan lain yang nak buat. nak beli kek then buad suprise. tapi tak jadi.
sebab ada hal. so, sangat sedeh. just belikan kemeja dengan mini cake . tape kan awak ?
baju kemeja untuk dia pergi study. sambil tuh awak boleh ingat saya kan :)
lepas tu tengok barang ladies pulak.
cek aien nak cari kasut yang tak sakit kaki. nasib baik ada discount taw.
akhirnya jumpa jugak :)
HAHA :) tapi kali neh dating sekejap saja. tak lama sangat. sebab malam neh nak balik kelantan la.
kena packing barang. ada nenek kat rumah. nanti marah pulak. hehe.
then nak pergi amek cousin dia yang tengah dating dengan girlfriend dia di Jusco.
babai Pacific :)
hello Jusco.
pi sana ambil cousin je. bukan masuk pun dalam Jusco tu.
tapi time tu tunggu cousin dia baru tengah makan dengan girlfriend dia pulak dah.
then kami keluar jap amek angin yang panas. HAHA
neh adek beradek yang tak rasmi lagi :)
cek aien jeles. depa suruh cek ambil gambar depa. hadoi -.-'
eh eh, malu-malu arnab pulak dah. gatal la awok ney.
neh baru adek beradek yang betul taw :)
okay dah sampai dah cousin dia. masuk dalam kereta sebab panas sangat.
HAHA
kena cepatkan perjalanan. masuk highway tol Sungai Petani Selatan.
then sampai rumah dalam pukul 6 petang. 
alhamdulilah selamat sampai.
thanks reader :)







Jan 23, 2012

2nd kenduri

hey, assalamualaikum semua !
GONG XI FA CAI :) , dah pueh main mercun ka ?
semalam update pasal kenduri kawin jugak kan. tapi semalam belah perempuan.
hari neh belah lelaki. yang neh buat dekat penang . di bukit mertajam.
hari neh meriah sikit lah. sebab maklong paklong dengan anak-anak depa ramai. tu yang best tuh.
keluar dari rumah dalam pukul 1.30 tengahari la.
sebab tunggu maklong dekat tol sungai dua n lepas solat zohor.
kenduri kawen buat dekat dewan Perda di Bukit Mertajam. jauh tuh jauh la jugak.
tapi alhamdulilah sampai dengan selamat.
yang ketua rumah pakai baju kaler biru. yang tengah-tengah tuh.
sepupu belah mama semua neh. orang peneng.
teruih dapat mini cup. sama macam belah perempuan semalam. tapi yang lelaki kaler biru.
then dapat coklat. walaupun dah besar. hewhew.
lepas sembang dengan toklong kot. terus cari tempat duduk. nak makan.lapar kan.
sedap jugak. dapat makan ayam masak merah, kari daging 
air oren buah pun oren :)
lepas makan tuh mama sembang-sembang dengan kaklong , tapi kami panggil maklong la.
terkejut taw maklong pakai wedges. hehe. kalah cek.
lepas habis makan tuh. mama nak bergambar dengan pengantin .
biru taw. sama kaler baju dengan mama pulak tuh. haha. serasi :)
tudia nampak tak pengantin ? alah. tenggelam lah pulak. umm.
tapi merah itu menawan kan. lagipun chinese new year. hewhew. takpe kan.
ok. kita zoom sini
neh ha. nampak kan ? haih, yang mana lah pengantin neh.
cek nak bunga tu la. kaler pink.
bestnya jadek pengantin. duduk then amek gambar je. makanan special pulak tu. 
dapat bunga, kek, hantaran.
lepas tuh nak balik. sebelum balik tuh. mama jumpa dengan sepupu sepapat. sembang la.
berpeluh taw. then ambil gambar jap dengan sepupu neh.
serius betoi dia. haha. kecik-kecik dah pakai kaca mata. kuat jugak rabun si apit neh.
yang bawah neh abang dia. dah besar dah. serius lain gila :D
dah 18tahun dah neh. beza dua tahun ja.
neh adek betul saya. beza dia 20 tolak 16 samadengan 4tahun.
pastu balik singgah jusco. sementara tunggu nenek balik dari Kuala Lumpur nak sampai Kedah.
so, dalam pukul 4 petang sampai di rumah.
pastu dapat makan sate kajang ! febret lah wei.
nampak sedap kan ? nak dak ? :)
jum makan jum
k, thanks reader !




Jan 22, 2012

kenduri kendara

hey, assalamualaikum
firstly cek aien nk ucap HAPPY CHINESE NEW YEAR :) !
raya cina penuh dengan event taw.
orang ramai yang kawen lah. bestnyaa. bila cek aien pulak.
HAHA ! ngada aih. tadak maknanya. baru 20 dah gatai nak kawen.
event hari neh dah dua kenduri taw. satu di Taman Semarak then satu lagi di Sungai Layar.
semua adek beradek abah ng mama . yg taman semarak tuh kena rombongan ramai-ramai.
ekot kereta ramai-ramai bawak pengantin. pengantinnya lelaki. tapi neh belah orang perempuan punya kenduri.
so, kalau ikut rombongan kena siap-siap awal.
dalam pukul 12 tgahari tuh dah siap :)
betolak ke Taman Semarak :)
tapi, ada jem pulak. tunggu sape lah lambat sangat.
hmm , pastu dengar azan zohor. rupa-rupanya nak tunggu habes azan baru pi rumah pengantin.
esh-esh. dalam kereta duk marah-marah la. dah la tengahari.
hadoi -.-'
di rumah pengantin perempuan
purple taw.
bersalam-salaman lah pulak.
mesti time tuh gementar gila kan. kalau cek aien.hadoi. xtau nak cakap apa.
dah la adek beradek ramai kan. dengan orang duk tengok. malu-malu kucing la.
kepanasan kot time neh. habes cair make-up haih.
HAHA
kena duduk dalam barisan time neh :)
sampai je dalam khemah kenduri tuh rasa lega je.
pastu perut bunyi kelaparan lah. haha, mama terus duduk taw dak.
punya lah lapar kan.
cantik kan :)
makan pastu terus balik. HAHA, jahatnya. 
sebenarnya ada kenduri lagi satu. so, balik awal la. nak pi kenduri adek-beradek belah abah.
kami dapat neh
mini cup yang comel :)
sian adek miela. baru nampak gambar dia. tu la. nak jadek jurukamera kaklong sangat.
hehe
kepada pengantin-pengantin yang baru kawen:-
selamat pengantin baru.
semoga kekal ke anak cucu.
AMIN !
thanks reader :)




Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com