Jan 23, 2012

2nd kenduri

hey, assalamualaikum semua !
GONG XI FA CAI :) , dah pueh main mercun ka ?
semalam update pasal kenduri kawin jugak kan. tapi semalam belah perempuan.
hari neh belah lelaki. yang neh buat dekat penang . di bukit mertajam.
hari neh meriah sikit lah. sebab maklong paklong dengan anak-anak depa ramai. tu yang best tuh.
keluar dari rumah dalam pukul 1.30 tengahari la.
sebab tunggu maklong dekat tol sungai dua n lepas solat zohor.
kenduri kawen buat dekat dewan Perda di Bukit Mertajam. jauh tuh jauh la jugak.
tapi alhamdulilah sampai dengan selamat.
yang ketua rumah pakai baju kaler biru. yang tengah-tengah tuh.
sepupu belah mama semua neh. orang peneng.
teruih dapat mini cup. sama macam belah perempuan semalam. tapi yang lelaki kaler biru.
then dapat coklat. walaupun dah besar. hewhew.
lepas sembang dengan toklong kot. terus cari tempat duduk. nak makan.lapar kan.
sedap jugak. dapat makan ayam masak merah, kari daging 
air oren buah pun oren :)
lepas makan tuh mama sembang-sembang dengan kaklong , tapi kami panggil maklong la.
terkejut taw maklong pakai wedges. hehe. kalah cek.
lepas habis makan tuh. mama nak bergambar dengan pengantin .
biru taw. sama kaler baju dengan mama pulak tuh. haha. serasi :)
tudia nampak tak pengantin ? alah. tenggelam lah pulak. umm.
tapi merah itu menawan kan. lagipun chinese new year. hewhew. takpe kan.
ok. kita zoom sini
neh ha. nampak kan ? haih, yang mana lah pengantin neh.
cek nak bunga tu la. kaler pink.
bestnya jadek pengantin. duduk then amek gambar je. makanan special pulak tu. 
dapat bunga, kek, hantaran.
lepas tuh nak balik. sebelum balik tuh. mama jumpa dengan sepupu sepapat. sembang la.
berpeluh taw. then ambil gambar jap dengan sepupu neh.
serius betoi dia. haha. kecik-kecik dah pakai kaca mata. kuat jugak rabun si apit neh.
yang bawah neh abang dia. dah besar dah. serius lain gila :D
dah 18tahun dah neh. beza dua tahun ja.
neh adek betul saya. beza dia 20 tolak 16 samadengan 4tahun.
pastu balik singgah jusco. sementara tunggu nenek balik dari Kuala Lumpur nak sampai Kedah.
so, dalam pukul 4 petang sampai di rumah.
pastu dapat makan sate kajang ! febret lah wei.
nampak sedap kan ? nak dak ? :)
jum makan jum
k, thanks reader !




2 comments:

  1. Herm , nmpk saya sama umur la dgn adik awk... mohon restu keluar makan dgn amilah... haha

    ReplyDelete

Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com