Mar 31, 2011

skype ?



SKYPE?

naseb lah ade kau kan wahai skype :). haha. jum story jum.
kenapa kita perlu RINDU eh ? alahai...payahnya nak hilang rindu neh kan ? hm , sampai taleh nk buad pa lahh. nk pi kat doctor, kunk dia ckp kita neh gila plak.ubat nak carik neh pon susah. haihh.kalu bomoh? umm , dia leh buad pa kan ? esh2.. jgn caye lah. bomoh la , tilik lah. esh2.. dosaa. :D , ya allah. aq terlalu RINDU kan seseorang neh ha. hm , mcm mne lahh kan ?hm , engat nak kawen awai. dah gatai sgt. tapi tanak ahh. study dulu lah! gatai nuh aien nadea neh.study pon tak habeh gy!  haishh. dah ngarut dahh lah aq neh ha. hm , korang nk tahu tak apesal aq neh terlalu rindu sesangat ? hm , rindukan si ahmad shahir neh ha.bila lah leh meet lagi kan ? alahai lame sgt tak meet! selalu je ade halangan. tahla pas aq habeh exam final neh leh meet ng si dia ke tak. aduh! hm , korang doakan lah aq eh. supaya aq tak lah jadek gila kat sini. tak caye korang tanye lah membe2 satu class ng aq. selalu je sebut nama dia. bila duk lam bus je , ahmadshahir.bila dlm makmal je, ahmadshahir.bila nak tido je, ahmadshahir! eah. membe ckp *shahir kebahagiaan dlm perpiasahan tuh ka? haha. tanak ah aq. bahagia pastu dlm perpisahan lak tuh. TANAK! hehe. haihh. bila lah nk abeh study neh ha. study pon dah gila neh. aduh. mcm2 lah haih duk pikiaq sekarang neh. hm , tadi aq dah lepaih winduee kat SI DIA ! hee. BESTT!! kat skype :) haa. sorry kerana terlalu GEDIK. haha. kami byak lah jugak amek gambaq . hehe. dye ckp dia neh mcm bruno mars. haha. poyo kan? haihh. boiprend sapa lah neh ha.dye tamaw bukak topi tuh. haha. jum tgok :)
bruno mars tiruan :D


aloloo. haha. iklan COLGATE. sapa nak amek dia neh jadek iklan ke. bgtaw ye :)

haha. engt boolat sgt lah tuh mata dia :p


hee. tq my dear. p/s:ILOVEYOU too :)
tq :)

Mar 29, 2011

baca dan hayatinya...


ASSALAMUALAIKUM :)

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

SEKIAN :)

Mar 26, 2011

sukansukan

SUKANEKA <3
sukan ouh sukan. aq memang tak suka gilaa lah sukan nehh. memang sesangat lahh. sumpah tak suka. dah lama kot tingai sukan nehh. esh2...ape lah kan ? hm , cmne lah nk KURUIH? eshh. tuh la pasal kan. hm , dah gemux dah skrg neh haa. hm , dulu2 time sekolah kann, bila ada sukan je larik. haha. besalahh. bueh sgt! haha. dulu2 lah kann. hm , skrg neh sambung study pon still ada sukan2 neh. eshh. malaihh gila lah. hm , tpi terPAKSA maen gak. ahaha. kteowg maen game mcm. suma game ada 6 lah. then dpt hadiah lagi kott.
-terompah gergasi, besar gilaaa.kene 4org men. haha :D
-maen bowling kelapa
-maen gelang rotan ng kelapa
-manik masuk jarum
-bawak dulang ng cawan ada air. wahhh yang neh lah kalah awai. HAHA
-last sekali neh kami buad istana pasir. :)
tempat neh kat PCB <3
jum lah kita view gambaq .
neh manik masuk jarum :)

istana pasir <3

haha kelantan TOWER. otw. :)
dpt num 3. tapi rasa tak pueh hati kot cuz dpt num 3. esh. tapi tak pe lah.

lastly, kteowg dpt jugak lah hadiah drpda tak dpt. BANGGA gilaa . :D
sekian :)
                                                         
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com