Oct 27, 2011

final exam !

hey, assalamualaikum :)
hari neh rasa betoi betoi bosan yang teramat,
so, apalagi. dah tak updated belog neh. so nak updated pasai final neh ha.
takudnyaa nk exam. stress! semua ada.
anda macam mana ?
neh muka stress tapi tak berapa nk stress sgt. still senyum.
HAHA. sebenarnya mengeliat ja neh.
so, study for final exam!
kalau lah cek leh baca then engat teruih. sekali ja baca. TAPI! cek takleh.
kena baca manyak2. sampai kawan tengok cek pun nampak macm lagi stress!. haha
okey. sekarang neh memang cek tengah stress. smpai memba kena urut kepala neh ha. 
so, stop jap. saja nk buad entry hari neh.
tapi sebelah lappy still ada nota. tapi tah la masuk ke tidak. hrmm
TADAA!
neh baru nota pengajian malaysia.
hmm , sejarah weh. adoy!.
esei dah macam form 5 dah lecture cakap. hmm
cmna neh ? 3kredit kot.
try to study bebanyak neh ha. sebab saya tak suka membaca. 
seriusly. :) saya tak tipu.
AHAD hingga RABU (final exam)
awak awak semua. doakan saya berjaya ye. saya takud pointer DOWN lagik.
makaseh kawan :)
babai.

Oct 24, 2011

length region (rantau panjang)

assalamualaikum...
entry kali neh length region.
maksudnyaa : rantau panjang.
citernya camneh. sebenarnya nak pi tukar jersi baju si alin ng kak dayah ja.
so, sebab tuh kuar tuh.
lagipun bosan sangat kat rumah. pi sana macam2 ada.. silau mata aihh.
baju lawa2.. beg tangan... aduhh. macam2 ah. kan sana bebas cukai. 
tapi seriusly murah gila.
rantau panjang kat kelantan ja. dekat ng thailand.
mai jangan tak mai. rugi taw.
kepada pakwa pakwa yang ada galprend tuh nak bagi hadiah yang lawa2 n murah gila
mai ja pi beli kat rantau panjang neh. teddy bear yang besar2 paling mahai RM100.
tapi sederhana dalam rm40 ja. bunga pun ada taw. haha.
macam menjual-jual lah pulak dahh.
kacamata dalam rm10. cantekk gilor! kepada datin2 yang takud kena cahaya kat mata anda tuh. pi ja beli kat rantau panjang. murah2 gila... serius datin.. jenama GUCCI,PARADE! haha.
mai ja. tapayah pi kedai2 mahai sangat tuh. membazir ja det :D , kan ?
kul3 petang semua siap2..
TADAAA! dalam kereta dahh. saya berada di depan dengan dengan... 
pakwa cek namanya wan adzlin :)
 neh dia driver :)
cek tak pandai bawak keta. bukan keta ja. moto pun takk. HAHA
jangan gelak jangan gelak!
so nak smpai tuh dalan sejam lah jugak if darik kota bharu.
bila sampai teruih pi carik kedai baju yang depa beli jersy hari tuh kan.
depa bagi saiz LELAKI. dahla kawan2 semua badan halus ja. sian depa -.-'
so , dalam 4.15 kot. kami sampai :)

neh keychain. comei taw dak :D
lepaih dah tukaq jersi depa semua tuhh. jalan2.. pastuh nampak lah ice cream neh.
nyuum! cute kot. bola2 kecik.
ice cream BABA.


 muka candid yang tak berapa nak candid sangat.
tengok... xcited sungguh kawan2 cek neh...
sabaa yer.
sementara tuh pi snap dulu

pastuh.. nadia nampak bubble.. dia nak sangat. adoy dorang budak neh.


 macam nak habes jaaa :(
neh secret recipe ice cream.
:) sedapp... macam2 ada taw. neh ada kat kelantan jaaa.
dah siap. :) yipppey! nak nak nak.
HAHA
sorang satuu. makaseh kepada kawan akak dayah :D


neh kami semua :) nyum nyum.
pastuh balekk. :D
sampai hostel malam. dalam kul9. sebab pi makan reramai. makan besar2 lah.
tomyam hee.
kenyang sesangat...
so, thanks reader! babai :)

Oct 22, 2011

2nd aerobic club

hey, assalamualaikum
hari neh tetiba je nk masuk entry pasal kelab aerobic neh.
HAHA, sorry takdak citer baru yang nak diceritakan.
so , cek nak citer pasai pasai aerobic yang semalam punya.
neh kad jemputan.
kali neh design by aiennadea :D
sorry la tak lawa. budak2 baru belajaq kan kan.
okey okey. semua student turun pukul 5 petang.
maen bola jaring. tapi tade jaring pun.
then futsal. tapi ramai perempuan yang maen bukan lelaki pun. tuh pun sorang ja.
jum tengok.






AJK AEROBIC CLUB.
pandai kan kan susun. rendah ke TINGGI :D hahaa.
masa neh awai lagi. 
tunggu yang konduk kiteowang tak datang lagi. dalam 5.30 baru datang. so maen bola jaring ng futsal dulu.
 neh adek beradek taw. haha
yang duk men neh AJK. tapi ahli2 tak main pun...
peliks.
pastuh org yang ngajar tuh datang
NEH DIA. :D


 lelaki sikit ja datang. hmm , MPP semua pi pahang. ada hal kot.
so, mpp publisher(penaung) aerobic tak datang sebab dia dapat anak menakan baru.
balek kedah lah dia.


so, sampai lah hujan taw dak.
hujan semalam, aerobic pun jap ja. tapi rancak lah jugek.
pape pun best la.
makaseh kepada ahli2 yang datang tuh taw taw. :)
makaseh reader! :)

Oct 20, 2011

BILA WANITA MENANGIS

assalamualaikum :)


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,

Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
makaseh baca :)
babai

alasan wanita yang enggan menutup AURAT ?

13 Alasan Wanita yang Enggan Menutup Aurat
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu.
 “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
                                    7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.
Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

makaseh baca :)

Oct 18, 2011

terima kaseh thank you :)


Assalamualaikum


Dalam kehidupan seharian kita ni kan, sedar tak sedar kita hidup selesa atas pertolongan orang lain. Tak percaya? Meh sini aku bagitahu korang contoh lah


"Tolong pas kan kunci tue"
"Tolong belikan makanan boleh?"
"Tolong tengokkan carry marks aku boleh?"
tolong..... >< * APA LAGI NAK AKU TOLONG ?

Ok lah ~ Yang tu contohnya je lah yang aku dengan roomate-roomate aku dan kawan-kawan sekelas aku buat. Tapi yang paling aku tak berkenan ialah susahnya masyrakat kita nak ucapkan ucapan TERIMA KASIH



Pelik but its true right? Tak percaya? Pergi lah kat pasar basah, tengok keadaan sekeliling kau. Tengok macamana orang sekeliling kau bereaksi antara satu sama lain. Tengok macamana kawan-kawan kau, jiran-jiran kau macamana dorang berinteraksi antara satu sama lain


Masyarakat sekarang macam pandang remeh dengan ucapan terima kasih. Tapi aku tak. Bagi aku, bila seseorang itu memberikan ucapan terima kasih, aku rasa macam dihargai sangat-sangat walaupun pertolongan tu tak adalah seberapa sangat pun. Tapi tu lah ~ Terima kasih mampu buat seseorang itu rasa lega dan gembira :)


Aku bagi contoh ehh. Kawan kau mintak tolong hantarkan kau ke kedai lah contohnya. Lepas tu bila dah drop kawan kau tue, kawan kau tu main blah macam tu je. Apa kau rasa? Bengang sikit kan?

Lepas tu, situasi lain. Kawan kau mintak kau tolong belikan makanan. Kau pun tolonglah belikan kat kawan kau. Kawan kau just amik makanan tu dan blah macam tue. Apa kau rasa? Mesti kau rasa macam nie kan


"Amboi mintak tolong pandai pulak. Terima kasih tak ada punnn"

contoh num dua. kawan kau, or memba sekelas ka, serumah ka. dorang tak buad asignment. so , korang tolong buadkan. sampai hari presentation. kawan kau tanya. 'dah siap lum weh ?' kau cakap 'dah'. so, presentation pun kau kena buad jugak. adoy. saketnya hati kan kan kan ?pastuh terima kasih pun tada? huhh...


Aku bukannya apa. Kita dah mintak tolong dengan orang or orang tolong kita. tapi kita tak ada pun ucap terima kasih kat orang yang dah tolong kita tu. Weyh ~ walaupun pertolongan itu hanya seciputt macam semut tapi susah sangat ke nak ucapkan terima kasih?


Aku sebenarnya dibesarkan dalam suasana yang sangat-sangat menghormati orang lain dimana, jumpa orang yang lebih tua, kena senyum ataupun bagi salam. Kemudian, kalau nak mintak apa-apa, kena dahulukan perkataan TOLONG dan disudahkan dengan TERIMA KASIH


Memanglah mula-mula susah, leceh lah ~ Tapi lama-lama dah jadi habit dan kebiasaan. Sebab tu lah kadang-kadang ada gak aku tegur kawan-kawan aku. Entah sape entah yang aku tegur pasal nie sebab aku tak ingat. Haha :D



So lets begin our life today with saying THANK YOU to others when they help us! :D Lagipun orang Melayu kan terkenal dengan sifat lemah lembut dan saling hormat-menghormati. So marilah kita wujudkan suasana tu balik :D


Korang ada pengalaman tak yang nak dikongsi pasal ucapan TERIMA KASIH ni? Meh meh share! :D

thanks. babai :D

p/s : Mintak maaf kalau ada yang terasa. Aku bercakap just in general :)

Oct 16, 2011

aerobic club

hey .. asalamualaikum. 
saya nak citer pasal aerobic club yang first kiteowang berjaya lancarkan neh.
design: ayuni sasukei.
walaupun tak ramai. tapi meriah sangat. suka gilaa. 
kuruih kuruih.
:D , hehe
jum tengok.
neh yang bawah neh semua AJK yang tengah bersiap2 ...
 AJK PERALATAN
 AJK PUBLISITI
 PEN. S/U

 yang tengah wat air tuh kak dayah. AJK BENDAHARI. duk kutip det tuh. dh macm along dh haih
 AJK PERSEGARAN
 yang ramai2 neh semua AJK.time neh AJK ja yg turun awai.. :D
 adek beradek. :D
 publisiti.
tengok atas neh. sikit ja kan. sedeh...
pastuh buad enauncement banyak kali.. baru lah nk turun. adoy. neh buad petang taw dak. kalau pagi mesti tadak orang yang nk turun. tambah2 AJK. haha. kan kan . :D
pastuh tunggu lama sikit . ramai pulak. 
alhamdulilah, ramai yang turun kan. makaseh kawan.




bawah neh jadek pengajar senamrobik.


macam2 dia buad. tarian india lah. best jugak lah. makaseh cik :).
lupa nama cik neh.
so , kami buad banyak jugak aktiviti. tarian hindustand pun ada taw.
memang hapening lah.









 yg neh adek junior. dorang neh AJK KESELAMATAN dlm kelab aerobic


haha. pape je lah. sesapa nk join jum lah.
untuk kesihatan jugek. then leh kuruskan badan. slim taw. 
hee, baju ontheway. sesapa nak masuk jum lah taw. tak kira lah. mai ja. 
dialu-alukan.
THANKS READERS!
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com