Nov 29, 2014

PERLUKAH PELAJARI RAWATAN KECEMASAN ?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)

okey, setelah sekian lama tak menaip belog ini.
dah berhabuk dah neh.
nak vacum balik belog neh. haishh. sian dia.
hehe. maaf na.
okey harineh ceq aien nak share pasal medical sikit.
"sharing is caring"
untuk semua manusia di kalangan kita jugak.
keselamatan untuk diri kita okey & orang lain.
pertolongan kecemasan ini boleh diibaratkan seperti nyawa kedua bagi mereka yang benar-benar memerlukan. 'MEREKA' itu mungkin keluarga,rakan atau insan yang terdekat dengan kita.
jum kita belajar pasal rawatan kecemasan neh. 
uols jugak buleh jadi nurse/doktor sampingan. hihi.




1) luka yang kecil ada benda asing

luka macam neh mesti uols rasa gerun kan nak kuarkan ?
camna pun benda asing neh sukar untuk dikeluarkan dan banyak jenis benda asing untuk dikeluarkan.
so, pastikan uols TIDAK cuba untuk keluarkannya kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada tisu & boleh juga menyebabkan pendarahan yang teruk. rawatan bagi luka ini uols hanya perlu mengawal pendarahan. "dengan camna neh cek misi aien ?" okey dengan hanya meletakkan kain yang bersih pada luka & tekan menggunakan jari/tangan uols okey ? so, bila pendarahan dah berhenti uols balut dengan kain bersih & bawak mangsa ke hospital yang berdekatan dengan segera.
yang paling penting uols kena pastikan tangan uols bersih semasa nak merawat neh untuk mengelakkan daripada jangkitan lain. eh, sebelum nak balut tu, pastikan luka itu kering,elakkan daripada air yang banyak/elakkan daripada lembab di luka tersebut.lepastu baru lah balut :)




2) rawatan kecemasan untuk kes terseliuh/patah

kes-kes yang cenggini mesti banyak di sekolah. terutama semasa sukan kan ?
okey uols kena kurangkan pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. JANGAN sesekali cuba untuk meluruskan bahagian yang cedera tu.sekiranya kulit di bahagian yang patah terluka, jangan sentuh sekalipun & segera tutup dengan kain yang bersih.selain itu, periksa denyutan secara kerap untuk memastikan jari-jari tangan tidak kebas akibat pembalutan yang terlalu kuat/ketat. segera ke hospital untuk mendapat rawatan.




TIP KESAN KECEDERAAN PATAH.

camna eh nak taw anggota seseorang/kita patah ?
okey kebiasaannya akan berasa sakit pada bahagian tulang sendi & otot.
bahagian yang terlibah (tulang,sendi,otot) akan membengkak / kebiruan .
sukar nak meggerakkan anggota yang terlibat. sukar untuk bernafas jika mengalami patah tulang rusuk. 

majalah dara.com: edisi NOV2014
Dr. Nik Wan Rosmini Wan Abdul Kadir
Pegawai Perubatan Hosp. Pakar SALAM, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com