Feb 28, 2013

sikap lelaki yg perempuan tidak suka? jum :)

assalamualaikum.
hai semua :)
harineh cek nak share je. cek terlihat/ternampak/tertengok di page neh 
http://www.facebook.com/diarihati/photos_stream
best bila tengok apa yang dia post.
and salah satunya baru cek nak mengupdated ! hehe
cuma nak SHARE kepada semua kawan-kawan cek yang comels :)
khas buat kaum LELAKI & WANITA juga.
untuk pengetahuan je.

tajuk: 'APA SIKAP LELAKI YANG PEREMPUAN TAK SUKA?'

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu), buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu"

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh"

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
thanks readers ! :)

Feb 13, 2013

sahabat.

assalamualaikum :)
harineh dapat keluar dengan kawan sekolah rendah.
emm , rindunya. kan ?
haish. kawan lama sapa tak rindu.
tambah-tambah sekolah rendah. alahai :)
hehe. kali neh nasib baik lah cuti kita sama kan ?
emm , kalau tak emm , tunggu kawen anak sepuluh ape.
yelah kan. nak tanya khabar semua.
tapi perbezaan tu ada jugak lah.
haha. tapi cek sayang sangat kat hampa taw.
ait. ini ayat untuk kawan perempuan jer taw? 
hehe.
FINALLY , harineh Rabu 13/2.
dapat keluar. 
1st tu nak lepak Pantai Merdeka lah,Gunung Jerai lah.
last-last Central Square jadi pilihan.
yelah.lama tak jejak kat sana.
tapi CS dah tutup wayang.
sedihnya... 
dulu masa sekolah menengah, 
tempat tu lah paling ramai orang pi sebab wayang.
citer pasal wayang neh tak pi pun.
lama sangat tak pi tengok wayang.
lagipun kalau tengok wayang bukan best sangat.
tak sempat nak lepak-lepak dengan kawan.
sebab tengok wayang macam makan masa je.
first tu masuk pegi round dulu bahagian bawah sampai perut lapaq.
cek beli BigMac dekat Mekdi.
Tasha beli DoubleCheseBurge.
kami dua je beli kat mekdi. tapi Weena,
adikMila ng Zhafran makan di KFC.
tau tak camne ? bungkus makanan dekat Mekdi pi makan kat KFC.
sebab Mekdi sesak dengan orang.ramai sangat.
Shahir,Zhaf and Irfan
Zhaf yang pakai speck hitam tu.
dia cakap kalau pakai speck hitam senang nak USHA orang.
*gatai noo!
kami :)
semua 8 orang. tapi si Afiq tu lambat sangat sampai.
girlgirl.
dari depan Aien, Datin Tasha and Weena :)
lepas kenyang makan tu pi ronda satu CS.
alhamdulilah dapat jugak benda yang cek nak.
hehe. suka sangat. ronda-ronda pun habeh gak duit. 
baru nak jimat.
tapi takpe. enjoy tu boleh membuatkan kite heppy !
tak salah kan ?
hilang habis stress bila si Zhaf buat lawak sengal dia.
habeh tudung herot and keluar rambut. nasib baik 
tak tercabut tudung.
HAHA !
bila si Afiq datang bergabung pulak dengan si Zhaf.
memang gila.
terimakasih Afiq sebab belanja main bowling.
cuba tengok nama-nama tu. STYLE kan nama?
haha. perasan betoi kawan-kawan cek neh rupenya.
TanSri lah , Dato lah, YB lah.
okey. nak kenalkan sapa pemain tu.
pemain VIP yang tak berapa nak POPULAR.
haha !
DATO- Si Afiq
TAN SRI- Si Zhaf
YB- Si Shahir
gelaran neh idea daripada Datin Tasha and TanSri.
tak larat cek nak gelok tawu ? haih. penat dengan 
budak-budak yang tak berapa nak matang lagi neh.
and dua orang neh dah macam kembar je cek tengok.
sorang Abg and sorang Adik.
Irfan yang peace tu. HAHA. (pemalurupenyaye!)
harap si Irfan faham kot cara orang Kedah cakap.
dia kan orang Sabahan. senyap je.
and harap Irfan boleh enjoy dengan group kami ney :)
satu game je bowling.
dah petang and masa untuk balik ler.
 rumah dah la semua duk jauh-jauh.
sorang Selatan sorang Utara.
HAHA. 
dapat jugak ambil gambar beramai-ramai.
nampak meriah di situ :)
anak-anak dalam kereta.
hehe
thankyou kawan semua sebab 
dapat luangkan masa bersama :)
thank readers !



Feb 10, 2013

Hatyai,Thailand.

ASSALAMUALAIKUM.
hai semua :)
sihat belaka ka ? harap sihat nah.
mesti semua tengah duk cuti kan ? mustahil lah tak cuti tu.
HappyChineseNewYear!
alhamdulilah cek dapat cuti seminggu taw. 
bestnya. kalau tak. tadak maknanye lah.
tapi seminggu tak cukup. nak setahun boleh ? whoaa!
gile kau aien ? org bagi paha nak lebeh. (*melampau)
anda semua mesti tengah holiday kan ? mustahil lah tak holiday.
cek pun holiday gak ! 
hehe. happy sangat. nasib baik la dapat cuti awal sikit.
Rabu malam cek balik Kedah dari Kelantan.
neh bukan holiday lagi la ye.
bermulanya holiday-
TARIKH: 8/2-9/2/2013(2hari1malam)
MASA: 7.00 am
TEMPAT HOLIDAY: Hatyai,Thailand
naik bus seramai 40 orang :)
rombongan sekolah mama.
BAYARAN-
DEWASA: RM150/1kepala
KANAK-KANAK: RM100/1kepala
so cek+mama+abah+adik Miela= RM600
adik Aisyah= RM100
semuanya= RM700
neh sekali dengan hotel and bus :)

HARI PERTAMA
naik kereta parking di SK Tasek Apung, bus tunggu kat sana.
breakfast di RNR Gurun.
nasi goreng+telur mata :)
pastu di Bukit Kayu Hitam tukar duit Malaysia ke duit Siam.
perbezaan duit Siam dengan duit Malaysia
RM100(Malaysia)= 1000baht(Siam)
RM50= 500baht(Siam)
RM5= 50baht(Siam)
RM1= 10baht(Siam)
faham di sini ?
di imigresen
abah bagi borderpass untuk pemeriksaan and cop ape entah.
neh contoh. (*malu -.-)
kami dah lepas. YEAYY !
lepas tu ada lagi check ! malasnya nak naik turun tawu ? emm
panjang kan ? kena beratur pulak tu.
yang ni check di Siam.
dah masuk Siam dah :D
TADAAA! :)
cek,mama,adik Aisyah and adik Miela :)
neh bus yang kami naik :) ,promote ler pulaks!
and masa untuk Lunch.
sup daging.sedap gilerr. pedas tu terasa sangat. 
cili dia berketoi-ketoi taw.
destinasi seterusnya tempat shopping :)
turun je ada jurukamera.
*terasa macam artis sekejap. heww -.-'
and dapat pulak kupon discount 20% sorang satu.
B 130= RM13.00
keluar je nampak ramai depan tu. ingatkan jual kuih ke apa ke.
rupanya masa turun tadi yang dorang ambil gambar sorang-sorang tu
 and dorang buat frame rupenya.
next destination :)
shopping makanan pulak!
tudiaaaa !
kacang jagus ada, kerepek keladi, jambu kering..
kacang jagus segundi der... :D
next destinasi kite tempat riadah and boleh bergambar-gambar
 takutnya naga neh. gigi tajamtajamtajam. heww.
 tetiba je nampak LOVE tergantung-gantung. 
macam in love je.
kroihkroih...kroihkroih..
ANGRYBIRD :) weee..
macam wonderland je kan ? haha
sini bawak budak-budak mesti suka.
banyak budak sekolah yang datang time neh.
and banyak sangat bus sekolah.
neh cekgu sekolah. :D
cantik kan bus dorang ? bercorak-corak lagi.
next :)
 tempat neh kita boleh naik atas gajah 
and bawak masuk dalam hutan.
 cantik sangat tempat dia.
and boleh bagi gajah makan buah-buahan.
buah tu kena beli kat kedai dia ler.
100baht: RM10(pisang)
kalau nak naik gajah.
ADULT: 500baht= RM50
CHILD: 250baht= RM25
 and yang neh sama gak. dorang ambil gambar curi-curi.
siam panggei kereta tutt tutt, comels kan ?
next :)
tempat bersejarah :)
mama and abah 
cantik kan botoi air neh ? dahaga sangat.
family.
next. Pulau Duyung
 telur bakar.
 comei mainan neh :) semua kepala angguk je.
 macam duk luar negara pulak. banyak burung kat situ. 
dekat situ ada orang bagi makan.
 duk shopping keychain neh setengah jam.
tak sempat nak ambil gambaq duyung.
makan petang and makan malam 
 nampak macam meriah kan kat bawah tu ? 
jum tengok ada apa...
ada pelbagai jenis makanan jual dekat situ.
ohmy. mati-mati cek ingat pertandingan boat cantik ke hape.
 yang neh bukan perhiasan okey? bekas minuman tawu?
haha. comels kan ?
RM2.50= 25baht
sup cendawan letak dalam bekas cawan tuttyfruity taw :D
and ada jual macam-macam kat situ.
and check-in Hotel :D
penat gila kot. yelah kan. bayangkan dari pagi lagi jalan.
lepas check-in Hotel tu.
mandi and kemas barang. pastu siap-siap pegi roadwalk.
kedai semua tutup sampai 3pagi..
jum.
yeayy ! dapat pulut pelam yang fresh taw.
RM5= 50baht
 jum makan :)
dapat makan isi udang.
emphhh. sedapnyaaa !
cantik kan bandar Hatyai ney...
dalam jam 11.30 malam balik Hotel.
mengantuk plus letih = tido teruih.
HAHA !

HARI KEDUA
hari terakhir.
dalam pukul 9 pagi tu dah siap mandi semua.
masa makan untuk breakfast and pegi pasar.
 dapat naik kereta tutt tutt.
10baht= RM1
BREAKFAST :)
LAICIKANG.
ROTI TELUR.
TUDIAA! mama dah nampak dah.
beli tudung 3pasang.
bukan tudung bawal.
banyak kan ? 
dah macam pasar siti khadijah dah pun.
lepas habis jalan-jalan tu.
balik Hotel.
sebab check-out kul 12tengahari. 
 HOTEL.
FAMILY.
BYE-BYE !
ke Danau. tempat shopping macam Rantau Panjang.
makan tengahari dulu ye :)
dapat makan ayam goreng plus pulut pelam :)
SEDAP TAWW! 
 kami.
bye-bye Thailand, hai Malaysia.
and cek lupa nak bagitau.
Malaysia dengan Thailand masa/jam dia tidak sama dengan kita.
contoh: sekarang di tempat kita jam 11.00pagi, 
tapi di Thailand kul 10.00pagi.
di Thailand lambat sejam :)
hehe, anda macam mana? mesti lagi best kan ?
kalau boleh share lah.
thanks readers ! :)














Daisypath Friendship tickers
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com