Mar 9, 2013

cuti-cuti.

ASSALAMUALAIKUM :)
hai semuaorang yang tengah membaca or curi-curi membaca tu.
HAHA ! #inisemuapoyo!
kelas cek dapat cuti banyak ooooo ! haha
ramai jeles. hehe. rezeki tu.
alhamdulilah. 
TAPI ! 
cek tak dapat balik. :(
SEBAB ?
minggu lepas cek dah balik dah kan ? 
so bila bagitaw cuti kat my mummy
 teruih dia beleter ! (so sedeh)
ohmy. sedehnya.... dah la 5hari.
TAPI! cek dapat buat BBQ with my housemate.
share duit bersama. semua bersama.
TARIKH: 8/3/13-9/3/13 (2hari1malam)
TEMPAT: Sudara Beach Resort, Bachok.
neh barang kami bereempat :)
 sup ayam :)
 barang makanan :)
 ayam BBQ yang diperap :)
 beg baju & beg makeup kami bereempat :)
barang-barang yang kami bawak :). 
HAHA! dah macam nak stay seminggu je kat Resort tu
 neh la tempatnya :)
peace ! dah sampai :)
so, kena bayar & ambil kunci di kaunter dulu.
2bilik :)
harga 1bilik RM140/4orang : RM44(sorang)
ambil sekali dengan tempat BBQ.
so barang BBQ+bilik: RM60 (sorang)
haha. jimat :)
dah setel :)
so, mengangkat segala barang yang bawak tu.
penat kot. rumah jauh sangat. HAHA!
yelah ambek belah Garden A.K.A depan tembok.
nasib baik depan tembok. kalau depan tasek. habeh nyamuk duk ceum.
neh dia. dah sampai :)
masuk-masuk teruih duk amek gambaq. HEHE :D
so, siap-siap nak mandi-manda :D yeayy !
sana ada swimming pool & pantai taw.
pantai pulak :)
hehe. seronok tawu ?
walaupun tak berapa pandai berenang kan. hehe.
tempat BBQ yang ditempah :)
 eja nama salah. ape lah. 
tudia. tunggu malam sikit nah. HAHA.
tak sabaq nak BBQ haih.
malam BBQ.
 sosej chesse :)
 singa beng. (cek buat taw) hehe :3
 terbaik :D
dah siap !
and dah boleh makan. hihi.
jangan jeles taw. ada ayaq asam. nyumnyum.
HIDANGAN:
* sup ayam
* ayam BBQ
* sosej chesse
* ayaq asam
* singa beng (limau nipis ice)
bunga api/mercun bersama.
bunga api lama tak main kan. sebab tu letak jauh-jauh sikit.
takut. -.-' #poyoje. hihi

HARI KEDUA/LAST.
breakfast bereempat :)
MASA: 10.00a.m
 check out: 12noon
bye-bye.
dah checkout :)
alhamdulilah semua dirancang okey.
dapat makan BBQ .
hehe. buat sendiri tu lagi best taw.
thanks readers ! :)











Feb 28, 2013

sikap lelaki yg perempuan tidak suka? jum :)

assalamualaikum.
hai semua :)
harineh cek nak share je. cek terlihat/ternampak/tertengok di page neh 
http://www.facebook.com/diarihati/photos_stream
best bila tengok apa yang dia post.
and salah satunya baru cek nak mengupdated ! hehe
cuma nak SHARE kepada semua kawan-kawan cek yang comels :)
khas buat kaum LELAKI & WANITA juga.
untuk pengetahuan je.

tajuk: 'APA SIKAP LELAKI YANG PEREMPUAN TAK SUKA?'

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu), buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu"

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh"

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
thanks readers ! :)

Daisypath Friendship tickers
Copyright © AIENNADEA STORYLIFE Designed by azhafizah.com